Wednesday, January 12, 2011

Pelancaran Blog Lubuk Kekayaan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana memberi saya kekuatan dan peluang untuk mengujudkan blog sebegini rupa. Tiadalah lain melainkan berkongsi ilmu bagaimana menambah kekayaan, memanipulasi sistem kewangan di Malaysia, mencari ruang dan peluang menambahkan pendapatan sampingan, mengelakkan daripada di tipu oleh sistem kewangan yang dicipta oleh manusia (Wang Fiat) dan berkongsi ilmu kejayaan individu yang telah berjaya dalam hidup.

Blog ini juga lahir setelah mendapati ramai diluar sana mengeluhkan dengan desakan keperluan hidup. Membuat baget setiap bulan sedangkan gaji sedia ada sekarang sudah kecil, dihimpit dengan hutang kredit kad, bimbang kontrak tidak disambung (pegawai berjawatan kontrak), masih belum dapat kerja tapi PTPTN dah minta bayar, sentiasa kesempitan duit diawal bulan dan seangkatan denganya. Penulis bukan mahir atau bijak pandai, tapi sekadar berkongsi ilmu. 

Semoga dengan perkongsian ini memberi inspirasi dan motivasi kepada diri supaya lebih menghargai kehidupan ini dan tidak mengharap kepada makhluk yang sedia lemah. Kebahagian dan kekayaan adalah datangnya daripada Allah S.W.T. Dia berhak memberi dan menarik kembali. Kita hambanya perlu mencari yang halal..Wallahuallam

Diharap blog ini tidak mengguris sensitiviti dan perasaan individu tertentu. Sebarang komen dan teguran amatlah dialu-alukan..

Terima kasih buat Isteri tercinta dan anak yang tersayang dan tidak lupa juga rakan-rakan serta kenalan yang mengenali diri ini..

-Wassalam-

Dari Meja Penulis

Keajaiban Doa Pembuka Rezeki

1. Doa untuk menarik rezeki dari setiap penjuru (dibaca 7x setelah solat fardhu)
Maksudnya: “ Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Dzat yang maha meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakkanlah rezeki ku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau ”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2. Doa untuk mendapatkan rezeki yang halal (dibaca 3x setelah solat jumaat/solat fardhu)
Maksudnya: “ Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Kaya, wahai Dzat Yang Maha Terpuji, wahai Dzat Yang memulai, wahai Dzat yang mengembalikan, wahai Dzat yang mencintai. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat beliau. ”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3. Doa untuk mendapatkan rezeki yang melimpah (dibaca setelah solat fardhu)
Maksudnya: “ Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Tunggal tidak memiliki bagian, wahai Dzat Yang Maha Tunggal, tidak menyerupai makhluk dan tidak sekutu, wahai Dzat Yang Maujud, wahai Dzat yang amat murah hati, wahai Dzat yang Melapangkan rezeki, wahai Dzat Yang memiliki anugerah, wahai Dzat Yang maha kaya, wahai Dzat yang Maha membuka, wahai Dzat Yang Maha memberi rezeki, wahai Dzat Yang Maha Mengetahui, wahai Dzat Yang Maha Hidup, wahai Dzat yang Maha berdiri sendiri, wahai Dzat Yang Maha Pengasih, wahai Dzat yang Maha Penyayang, wahai Dzat Yang Menciptakan langit dan bumi, wahai Dzat Yang Memiliki keagungan dan Kemuliaan, wahai Dzat yang Maha Memberi, semerbakkanlah aku dari-Mu dengan semerbak yang bagus yang dapat mencukupi aku dari selain Engkau ”
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4. Doa untuk mempermudahkan mata pencarian (dibaca 7x saat menuju tempat kerja)
Maksudnya: “ Dengan nama Allah, semoga Engkau menjaga diri kami, harta kami dan agama kami. Wahai Allah, redhailah kami dari ketetapan-Mu dan berilah berkah kepada kami pada segala apa yang telah Engkau putuskan sehingga kami Tidak suka apa yang Engkau mempercepatkan apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula menyukai mengakhirkan apa yang, Engkau cepatkan. ”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doa adalah satu ibadah ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.
 “ Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” ( Surah Ghafir/Al-Mukmin : 60 )

Kenapa Anda Perlu Membina Kekayaan?



Adakah anda ingin tinggal di rumah impian anda?
Adakah anda ingin memandu kereta idaman anda?
Adakah anda mahukan masa lapang yang berkualiti untuk melakukan hobi-hobi anda?
Adakah anda ingin menggandakan pendapatan anda dan hidup gembira bersama keluarga?
Adakah anda ingin menghantar ayahanda dan bonda  ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji?



1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.
Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai ketua. Sekurang-kurangnya ketua pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah ketua kepada perniagaannya.

2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri.
Sekiranya anda tidak tahan dimarahi majikan setiap hari, maka tidak ada sesiapa yang dapat menegah anda daripada berhenti bekerja untuk orang lain, dan mulakan perniagaan anda sendiri.

4. Bebas Menentukan Masa Untuk Bekerja.
Tiada sesiapa yang dapat mengarahkan anda untuk bekerja pada masa yang tertentu. Anda bebas untuk memilih pukul berapa hendak mulakan bekerja dan pukul berapa hendak berhenti.


5. Bebas Menentukan Tempat Kerja.
Anda bebas menentukan di mana tempat yang selesa buat anda. Ada sesetengah orang mengusahakan perniagaan melalui internet dari rumah atau bilik tidurnya sahaja.

6. Tentukan Sendiri Berapa Pendapatan Yang Anda Mahu.
Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji dengan orang lain, bolehkah anda minta gaji RM2000 pada bulan ini dan RM5000 untuk bulan hadapan?

7. Makin Tekun Usaha, Makin Banyak Pulangan.
Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perniagaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Jika makan gaji, mungkin hanya dapat “overtime” dan “anugerah pekerja cemerlang”, tapi tidak boleh beli kereta idaman.

8. Berusaha Berdasarkan Minat Sendiri.
Sebagai contoh, jika minat anda memancing, anda boleh membuka perniagaan menjual alat-alat memancing. Melalui internet pun boleh. Tidak perlu sewa kedai. Ataupun membuka tempat memancing udang secara berbayar mengikut jam. Rasanya ramai pelanggan yang akan masuk, yang terdiri daripada kaki pancing. Daripada bekerja sebagai pembantu kedai alatan memancing, lebih baik mengusahakannya sendiri.

9. Kerja Makan Gaji Adalah Berisiko Tinggi.
Sebenarnya makan gaji lebih berisiko daripada berniaga. Namun kadang-kadang kebenaran lebih pelik dari kebohongan. Dari perspektif pendapatan, apabila bekerja dengan orang lain, pendapatan setiap bulan boleh hilang dengan hanya sehelai kertas dari majikan iaitu notis pemberhentian kerja! Tambahan pula jika bekerja makan gaji, kita hanya ada satu sumber pendapatan, berbanding jika berniaga, kita boleh mempelbagaikan sumber pendapatan.

10. Kebanyakan Orang Kaya Adalah Peniaga.
Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah kekayaan itu lebih mudah jika berniaga.

Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payah la kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?
Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’ ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.
Pertengahan itu dikatakan seperti ”ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.
Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?
Ulama’-ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat, itulah maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu bukannya seimbang.
Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, ”Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.
Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya juga akan jadi cemerlang juga. Jika ada yang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata ”buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda pasti akan dapat memahami maksud yang tersirat lagi tersurat. Insya’Allah
Hari ini adalah PENGHARAPAN…esok adalah PERJUANGAN…dan lusa adalah KEMENANGAN…jumpa anda di angkasa kejayaan!!!

Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: AS$1,700 juta
Ke 8 terkaya di Malaysia
Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana
Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kisah Kejayaan Mark Zuckerberg (Facebook)

PENGASAS laman sembang facebook, Mark Zuckerberg men­dedahkan kehidupan peribadinya secara sepintas lalu kepada masyarakat umum di televisyen, baru-baru ini.

Jejaka berusia 26 tahun itu membenarkan jurukamera merakamkan kediaman dan pejabatnya untuk slot rancangan The Oprah Winfrey Show ketika dia tampil menjadi tetamu dalam program temu bual itu.
Program temu bual itu menyiarkan beberapa babak dalam kehidupan Zuckerberg antaranya ialah me­nyambut mesra kekasihnya, Priscilla Chan dengan ciuman di luar kediaman mereka yang ­disewa di Palo Alto, California.

Kediaman bersaiz sederhana itu mempunyai bilik bacaan yang memuatkan sebuah meja, tiga kerusi dan dua unit rak kayu. Bahagian dapur pula dibina secara terbuka dan dilengkapi kabinet kayu berwarna cerah.
Zuckerberg memberitahu dia belajar bahasa  Mandarin di meja makan setiap pagi sebagai persediaan untuk bercuti ke China bersama Priscilla pada hujung tahun ini.

 
Zuckerberg seorang yang kuat bekerja dan dia jarang berada di rumah kerana kebiasaannya akan menghabiskan selama 16 jam di ibu pejabat facebook. Pejabatnya pula mempu­nyai sentuhan santai dan kreatif apabila ada pekerja yang dilihat menggunakan papan selaju ketika bekerja. Dinding pejabat dipenuhi ungkapan yang memberi ins­pirasi seperti ‘Apa yang akan anda lakukan jika anda tidak pernah takut?’ ataupun ‘Usah bimbang untuk gagal’.

Dalam satu babak rakaman yang disiarkan program Oprah, Zuckerberg dilihat sedang bekerja bersebelahan seorang kakitangannya di meja tulis yang berselerak.

Sementara itu, Zuckerberg diundang sebagai tetamu dalam program temu bual Oprah untuk mengumumkan bantuan AS$100 juta (RM320 juta) yang disumbangkannya kepada projek sekolah di Amerika Syarikat.

Menurut sesetengah pengkritik, Zuckerberg sengaja membuat pengumuman itu serentak dengan tayangan perdana filem ‘The Social Network’ yang mengisahkan cerita mengenai penemuan laman sembang facebook untuk mencari publisiti.

Bagaimanapun, Zuckerberg mendakwa dia tidak merancang semua itu kerana ia berlaku secara kebetulan sambil menambah filem ‘The Social Network’ mempunyai jalan cerita yang menarik.

“Kebanyakan jalan cerita dalam filem itu adalah fiksyen dan saya pasti penerbit filem akan bersetuju dengan saya. Namun, mereka menghasilkan satu filem yang baik. Bukankah ia mengenai kehidupan saya?…tetapi hidup saya tidaklah begitu dramatik seperti dipaparkan filem itu,” kata Zuckerberg.

Zuckerberg yang menyertai Datuk Bandar Newark, Cory Booker dan Gabenor New Jersey, Chris Christie dalam program temu bual Oprah turut mengumumkan rancangan bestari untuk menjadikan bandar Newark sebagai model bagi Amerika Syarikat.

“Saya amat komited untuk memulakan rancangan itu dan sebagai permulaan akan menyumbangkan RM320 juta untuk penubuhan Yaya­san Pendidikan,” ujar Zucker­berg.

Rancangan pengerusi facebook itu yang menjadi bi­lionair paling muda di dunia pada usia 23 tahun menerima sokongan padu Oprah dan penonton sebaik dia mengumumkan cadangannya.

Apabila ditanya mengapa dia memberi tumpuan utama kepada pendidikan, Zuckerberg berkata, setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang baik tetapi itu tidak berlaku pada masa kini.

“Saya mempunyai banyak peluang dalam hidup ini kerana saya mempunyai pendidikan yang baik sejak kecil, oleh itu, saya ingin memastikan setiap orang mempu­nyai peluang itu dalam hidup mereka,” kata Zuckerberg lagi
About Mark Zuckerberg:
Born: 14 May 1984 (age 26), White Plains, New York.
Residence: Palo Alto, California U.S.
Nationality: American
Education: Havard College (dropped out in 2004)
Occupation: CEO/President of Facebook (24% shareholder in 2010)
Years active: 2004 – present
Known for: Co-founding Facebook; becoming world’s youngest billionaire
Home town: Dobbs Ferry, New York
Net worth: US$6.9 billion (2010)
Awards: Time Person of the Year 2010

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui kawan2. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..

Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah tidak halal haram, namun diistiharkan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halalnya proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, dan ada akses kepada maklumat ini, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...