Wednesday, January 12, 2011

Pelancaran Blog Lubuk Kekayaan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana memberi saya kekuatan dan peluang untuk mengujudkan blog sebegini rupa. Tiadalah lain melainkan berkongsi ilmu bagaimana menambah kekayaan, memanipulasi sistem kewangan di Malaysia, mencari ruang dan peluang menambahkan pendapatan sampingan, mengelakkan daripada di tipu oleh sistem kewangan yang dicipta oleh manusia (Wang Fiat) dan berkongsi ilmu kejayaan individu yang telah berjaya dalam hidup.

Blog ini juga lahir setelah mendapati ramai diluar sana mengeluhkan dengan desakan keperluan hidup. Membuat baget setiap bulan sedangkan gaji sedia ada sekarang sudah kecil, dihimpit dengan hutang kredit kad, bimbang kontrak tidak disambung (pegawai berjawatan kontrak), masih belum dapat kerja tapi PTPTN dah minta bayar, sentiasa kesempitan duit diawal bulan dan seangkatan denganya. Penulis bukan mahir atau bijak pandai, tapi sekadar berkongsi ilmu. 

Semoga dengan perkongsian ini memberi inspirasi dan motivasi kepada diri supaya lebih menghargai kehidupan ini dan tidak mengharap kepada makhluk yang sedia lemah. Kebahagian dan kekayaan adalah datangnya daripada Allah S.W.T. Dia berhak memberi dan menarik kembali. Kita hambanya perlu mencari yang halal..Wallahuallam

Diharap blog ini tidak mengguris sensitiviti dan perasaan individu tertentu. Sebarang komen dan teguran amatlah dialu-alukan..

Terima kasih buat Isteri tercinta dan anak yang tersayang dan tidak lupa juga rakan-rakan serta kenalan yang mengenali diri ini..

-Wassalam-

Dari Meja Penulis

1 comment:

  1. Syukur dan tahniah diucapkan kepada mohd firdaus kerana dengan jayanya , berjaya membina sebuah laman web.

    Saya sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan laman web ini.Diharap laman web terus maju sehingga tahap yang tertinggi serta dipenuhi dengan segala tips-tips kekayaan , dan cara seseorng itu boleh merubah taraf hidup mereka.

    Amin

    Terima kasih.

    ReplyDelete